Tutorial Memasang Aplikasi Permesejan Whatsapp di Pelayar Komputer

Assalam untuk pembaca blog sekalian. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca setiap post saya. Alhamdulillah saya sudah kembali aktif untuk menulis blog semula. Jadi, saya harap segala tips dan tutorial yang saya buat berguna untuk anda semua. 


Kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana untuk memasang aplikasi permesejan yang sangata popular iaitu Whatsapp di komputer anda. Saya tahu mesti ada yang sudah tahu dan ada yang tidak tahu. Bagi yang sudah tahu, boleh la ajar kepada kawan yang lain yang tidak tahu ok. Let's start our tutorial !. 

1. Buka pelayar atau browser yang ada di komputer anda. Sebagai contoh Google Chrome, Mozilla Firefox atau Microsoft Edge dan sebagainya. Kemudian anda buka laman https://web.whatsapp.com/  di pelayar anda seperti gambar di bawah ini.




2. Jika page tersebut sudah selesai load. Anda akan dapati ada QR Code yang terpapar di page tersebut. Tujuan QR Code tersebut adalah sebagai Daftar Masuk anda dari telefon ke komputer anda. Cara untuk Daftar Masuk adalah dengan membuka aplikasi Whatsapp di telefon anda, tekan  simbol Menu di hujung kanan atas dan pilih Whatsapp Web seperti gambar dibawah ini.



3. Kemudian akan keluar paparan untuk anda mengimbas QR Code menggunakan kamera pada telefon anda seperti gambar dibawah ini. Anda hanya tujukan telefon anda pada komputer anda dimana QR Code itu berada. Tunggu sehingga ia selesai mengimbas QR Code tersebut dan secara automatik anda akan masuk ke Whatsapp Web.


4. Akhir sekali, anda akan dapat paparan seperti dibawah ini apabila anda selesai mengimbas QR Code berkenaan. Dan anda sudah berjaya menggunakan aplikasi Whatsapp di komputer anda.


Itu sahaja langkah mudah yang anda perlu buat untuk masuk dan bermesej menggunakan Whatsapp di komputer anda. Bagi yang bekerja di pejabat dan tiada masa memegang telefon, Whatsapp Web ini sesuai bagi anda bagi memudahkan anda membalas mesej tanpa perlu membuka telefon anda. 

Itu sahaja tutorial saya pada hari ini. Nampak mudah bukan?. Saya percaya ada lagi yang tidak tahu fungsi Whatsapp Web ini terutama perempuan. Kepada kaum perempuan, boleh mencuba dan Welcome to Whatsapp Web. Terima kasih. 
Share on Google Plus

About Amarul Samsudin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Respons Diterima: