Tips : Membeli Barang di Atas Talian

Salam semua pembaca blogger sekalian. Lama sangat dah tak update blog AmarulSamsudin ni. Sudah setahun lebih tak buka blog ni gara-gara sibuk dengan projek semester akhir atau lebih dikenali dengan Final Year Proejct (FYP). Alhamdulillah semua dah selesai dan sekarang sedang berpraktikal sebelum bergraduasi pada tahun hadapan insyallah. Enough with all the stories. Back to our main post, saya nak bagi tips kepada pembeli tegar secara atas talian atau ONLINE ni sedikit. 



Memandangkan saya dah banyak juga membeli barang secara Online ni, jadi sebelum saya hendak memulakan proses membeli barang yang saya kehendaki, ada beberapa tips yang saya amalkan sebelum saya terus membeli barang tersebut. Untuk memudahkan pembaca tahu tips saya, saya akan list kan dibawah.

  1. Pastikan laman sesawang atau website atau aplikasi telefon yang anda jumpa itu dipercayai 100%. Sebagai contoh yang saya pernah atau biasa beli barang online di Mudah.my, Facebook dan Instagram. Setakat ini saya sudah membeli dua telefon di mudah.my and so far tiada lagi kes penipuan.
  2. Baca review atau testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli di situ. Baca sama ada baik, buruk atau ala kadar saja layanan penjual kepada pembeli.
  3. Hubungi terus owner kepada barang tersebut bagi memudahkan segala urusan jual beli dipermudahkan jika ada hal yang tidak diingini berlaku. Minta nama penuh, no IC, dan alamat sebagai langkah berja-jaga.
  4. Jika penjual sudah memberi no akaun untuk anda membuat bayaran, sila google dahulu no akaun tersebut sama ada ada dalam carian google atau pun tidak. Jika ada, baca dahulu maklumat tersebut sama ada no akaun tersebut no akaun scammer atau pun tidak. Besar kemungkinan jika no akaun tersaebut mendapat carian di google, ia adalah no akaun palsu ataupun tipu.
  5. Sebelum anda betul-betul pasti untuk membeli barang tersebut, pastikan keadaan barang tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak rosak.  Sila pastikan dengan owner dahulu keadaan sebenar barang tersebut.
  6. Jika jualan boleh dibuat secara Cash On Delivery (COD), itu lebih baik. Anda boleh melihat sendiri dan menilai barang tersebut sama ada dalam keadaan baik atau tidak. Kalau boleh elakkan membeli barang yang mahal dengan menggunakan POS. 
  7. Semua proses sudah selesai, bayaran pun sudah dibuat, sila minta Tracking Number jika barang tersebut dihantar menggunakan Pos secepat yang mungkin. Selalu bertanya kepada penjual untuk meminta nombor tersebut. Ini penting supaya anda tahu barang anda sudah di hantar kepada anda dan anda bole periksa nombor tersebut di lawan sesawang PosLaju Track and Trace.
  8. Tips yang terakhir, apabila barang sudah sampai periksa keadaan barang tersebut terlebih dahulu. Jika tidak memuaskan, sila pulangkan semula dan hubungi penjual tersebut. 

Setakat ini, ini sahaja 8 tips yang saya nak kongsi kepada semua pembeli tegar Online macam saya ni. Hati -hati semasa membeli dan ikut langkah-langkah pencegahan sebelum membuat keputusan. Memandangkan harga matawang ringgit tidak berapa baik, jadi berhati-hatilah semasa berbelanja.

Pesanan saya, jika still ada penipuan berlaku sila buat laporan di balai polis dan tidak mendiamkan diri walaupun wang yang sedikit. Ini bagi mengelakkan orang lain menjadi mangsa. 
Share on Google Plus

About Amarul Samsudin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Respons Diterima: