Tutorial Membuka Fail Pelbagai Format

Salam. Untuk tutorial kali ini, saya akan tunjuk satu software dimana ia boleh membaca dan membuka pelbagai jenis format fail. Sebagai contoh format untuk lagu seperti MP3, video seperti AVI, dokumen seperti DOCX, dan gambar seperti JPEG dan lain-lain lagi. Semua dalam satu software. Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya kita akan buka satu format dalam satu software sahaja. Contohnya untuk mainkan lagu, kita akan guna software Winamp atau pun Windows Music Player (WMP), untuk mainkan video, kita akan guna VLC atau GOM Player, dan dokumen menggunakan Microsoft Office. Tapi dengan hanya satu software ini sahaja, ia mampu untuk membuka semuanya tanpa memerlukan software yang berlainan. Sangat berguna dan menjimatkan ruang storan(hardisk) komputer anda.

Info software :
                       Nama : Free Opener 2.0 Pembangun : EZ Freeware, LLC Lesen : Percuma(Freeware)
                       Saiz : 1.79 MB Sistem Operasi : Windows (Semua Versi)
                       Tapak Webhttp://www.freeopener.com/ Sumber lain : http://www.softpedia.com

Cara-cara untuk download dan Install :

Langkah 1 : Pergi ke tapak web Free Opener ini : http://www.freeopener.com/ dan tekan "Download Now". Tunggu sehingga proses download selesai. 


Langkah 2 : Selesai proses download, pergi ke folder dimana software itu disimpan. Dan "double-click" pada software itu.


Langkah 3 : Akan keluar satu "window" yang menunjukkan proses "Installation" sedang berjalan. Tunggu sehingga selesai dan tekan "Next" sahaja.


Langkah 4 : Tunggu sehingga selesai. Proses "Install" sedikit lambat. Jadi, tunggu jew la kan. Setelah selesai, maka anda sudah berjaya "Install" dalam komputer anda.


Langkah 5 : Selesai !

Anda boleh menggunakan FreeOpener ini untuk membuka semua format fail. Selamat mencuba !.
Share on Google Plus

About Amarul Samsudin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Respons Diterima: