Tips Untuk Membeli Barang Secara Online

Salam. Untuk post saya pada hari ini, saya ingin berkongsi satu tips untuk membeli barang atau apa pun secara online. Tips ini berguna kepada sesiapa yang malas untuk keluar mencari barang di kedai dan sebaliknya memilih untuk membeli barang secara dalam talian. Cara ini lebih mudah,cepat,jimat dan ringkas tetapi mesti la kena tahu cara-cara membeli secara online. Jangan main beli sahaja tanpa usul periksa dahulu. 

Dibawah ini saya kongsikan antara tips-tips yang saya amalkan untuk membeli barang secara online : 

Tips #1 : Periksa dahulu latar belakang penjual,barang yang dijual sama ada berkualiti,original atau tahan lama.

Tips #2 : Periksa sama ada laman web tersebut sudah ada pembeli atau belum untuk memastikan bahawa ada orang lain yang turut berurusniaga disitu. Kalau ada sebarang penipuan senang untuk kita buat report.

Tips #3 : Periksa testimoni atau respons pelanggan yang menggunakan servis atau membeli disitu. Selalunya akan ada satu ruangan khas penjual sediakan untuk meletak testimoni pelanggan dimana anda boleh membacanya disitu. 

Tips #4 : Tanya orang yang berpengalaman sama ada kawan, keluarga atau sedara mara tentang barang yang hendak dibeli itu.

Tips #5 : Sebelum membuat bayaran secara cash deposit sebagai contoh, periksa dahulu nombor akaun yang diberikan dan nama tersebut sama ada betul atau palsu.

Tips #6 : Tanya dahulu disitu sama ada stok barang yang anda beli itu ada lagi atau tidak. Tanya apa sahaja yang anda rasa perlu tanya untuk meyakinkan diri anda tentang barang dan servis yang diberikan.

Tips #7 : Selalunya barang akan di Pos Laju. Jadi, selepas penjual tersebut pos barang anda, anda WAJIB minta Nombor Tracking barang anda supaya anda boleh periksa barang anda sudah dipos atau belum. Ini sangat penting untuk anda mengetahui barang anda sampai bila.

Tips #8 : Pastikan anda ada maklumat penjual tersebut sama ada email, nombor telefon, alamat, nama dan lain-lain.

Tips # 9 : Sentiasa menghubungi penjual bertanya tentang barang tersebut kerana takut perkara tidak diingini berlaku.

Tips #10 : Akhir sekali, ikut kata hati anda. Jika anda yakin dengan servis yang diberikan go ahead. Jika anda rasa was-was anda disarankan stop dari menggunakan servis tersebut. 

Ini antara tips-tips yang saya sendiri amalkan untuk membeli barang secara online. Sebagai contoh saya ada membeli speaker untuk laptop saya di www.ipmart.com. Ada banyak lagi laman web yang menjual produk dan barangan mereka secara online seperti UrbanWardrobe ini sendiri. Anda boleh memilih mana yang anda rasa anda yakin. Ingat berwaspada ketika berbelanja secara online dan jangan mudah tertipu. Sama-sama kita membanteras jenayah siber. 
Share on Google Plus

About Amarul Samsudin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 Respons Diterima:

依之汉 said...

Saya setakat ini Alhamdulillah tiada masalah membeli online. Kebanyakannya saya beli buku secara online sahaja. Setakat ini MPH, PTS, UjanaIlmu, ITBM, dan kedai-buku.com sememangnya menyediakan perkhidmatan belian buku online terbaik.

Kalau beli dari mudah.my, saya kurang yakin jika barang itu melebihi RM100. Pernah sekali rakan saya tertipu dengan harga kamera DSLR berharga RM2k. Melayang duit dia apabila si penjual tidak menghantar barang. Untuk itu, COD lebih digemari oleh saya jika barang itu betul-betul mahal.

shu said...

sy pun suka beli online..kbnyakan sy jump d fb n dh byk feedback dr customers..

Amarul Samsudin said...

to 依之汉 : kamu penggemar bukupun memang rupanye. Bagus lah macam tue. Saya pon memang kurang yakin dengan mudah atau lelong disebabkann kes yang kawan kamu alami itu. Btw,good to see you coment here. Nice info!.=)

to Shu : Page di FB pon tidak kurang banyaknye. Jadi still kena hati-hati ok. Lgi bnyk feedback yg baik2 lagi bgus. =)

myblouzeboutique said...

addicted to online shopping,mudah & tak perlu pergi mall,tapi memang kena check dulu peniaga tersebut sebelum membeli..it's a good tips =)